Salam ukhuwwah...
Macam macam
ada....jika mahu pedoman, ia ada disitu! Tentunya kita perlukan pedoman.
Tanpa kompas kita tidak tahu arah utara mahupun selata atau timur dan
barat. Jadi jangan menyangka bahawa kita tidak perlukan pedoman. Tanpa
pedoman, maka insan tidak akan tahu bahawa yang itu haram, yang ini
halal, yang itu wajib, yang ini harus dan sebagainya. Kita tidak akan
tahu apa yang boleh, apa yang tidak boleh dalam kehidupan ini.
Jangan
menyangka, hirupan nafas pertama saat lahir ke dunia itu adalah tanda
kebebasan mutlak! Tidak sama sekali....ia bermakna bahawa ada amanah
besar terpikul dibahu. Ada sumpah yang perlu dilaksana. Ada janji yang
perlu ditepati. Ada persoalan yang perlu dijawab nanti! Akan tetapi
inilah diri, diriku dan kalian semua...sering alpa dan lupa. Bahawa
janji yang dimeterai itu perlu dipenuhi tetapi ia hanya berlalu begitu
sahaja. Kehidupan fana yang hanya sekali ini terus sahaja dibazirkan
begitu sahaja. Tidaklah hidup ini untuk berbuat sesuka hati.....bicara
seenaknya, mengata semahunya, mengeji 'sesedap' kata, berlaku
semahunya....batas dilanggar sesukanya....
Kitab agung itu
punya pengertian, punya pedoman pelbagai...jangan jadikan ia umpama
sampah....diguna bila mahu, disepikan bila tidak mahu! Bila sakit baru
tercari cari ubat, bila serabut baru tercari cari ketenangan...apakah
kita ini?
Cuba tanyakan kepada diri tentang soalan ini.......
1. Jika kalian
diberi preskripsi oleh seorang doktor untuk mengubati
penyakit......adakah cukup dengan hanya menggantung preskripsi itu
dileher? atau merendamnya ke dalam air lalu meminum airnya dengan
harapan kesakitan itu akan pulih? Jenis pesakit apakah kita ini?
Tentunya sang doktor akan geleng kepala melihat telatah
kita....begitulah juga betapa serupanya kita melayani wahyu dan firman
Allah swt dalam alQuran alKarim.....yang berupa preskripsi tentang
kehidupan, penyelesaian masalah kehidupan, namun kita biarkan tidak
ambil peduli.....atau kita ambil apa yang kita sukai dan meninggalkan
sebahagian yang besar....masyaallah! Jenis manusia apakah aku ini? Jenia
manusia apakah kita ini! Sewenang wenangnya merentas batasan yang telah
ditetapkan lalu menempah 'penyakit' dan balasan atau akibat dari
tindakan kita!
Fikirkan dan renungkan sejenak!
Fahamilah,
dan renungkan lah makna dari wahyu Illahi! Jangan sekadar dibaca tanpa
difahami! Waima kita ini tidak tahu bahasa arab, sekurang kurangnya
banyak tafsir alQuran yang ada...mengapa kita tidak teliti
maksudnya....jika tidak difahami, mengapa tidak rujuk kepada para
ulama...mahupun tafsiran dan hasil tulisan para ulama terdahulu!
Inilah akibatnya
apabila nasihat "DOKTOR" yang pakar tidak kita endahkan. Maka berlakulah
segala macam kebejatan dalam kehidupan manusia! Tidakkah kita ini
sombong tanpa disedari apabila kita tidak mengendahkan seruan dan
nasihat Allah swt dan tidak mengikuti Sunnah Rasulullah saw! Aduhai
insan...aduhai diri! Muhasabahlah! Sesungguhnya didalam alQuran
itu...macam macam ada untuk kebaikan manusia! Berbagai pengajaran dan
tips yang hebat ada.....
No comments:
Post a Comment