Wednesday, February 6, 2013

WALAU SEBESAR ZARAH


bila ditepis manusia--
dijerkah tak layak
diludah disergah.

bila disinis manusia--
dibagi tempelak
ditolak dicegah.

tetaplah di jalan ini.
tak kiralah perlahan mana.
tak kiralah sesompek mana.
tetaplah melangkah.

biar manusia menepis menyinis.
biar manusia menjerkah meludah menyergah.
biar manusia membagi menolak mencegah.

innallah--
sesungguhnya allah itu

ghafuur--
paling memaafkan

ar-rahiim--
dan paling penuh kasih-sayang.

bertatihlah.
bagaimana susah.
tuhan nampak--
walau sebesar zarah.

KAU TAU


dan kau tanya dalam diam,
dengan mata kau biar pejam;
bagaimana mungkin wujud sunyi
di riuh engkau berdiri?

satu-persatu hilang ertinya,
berdikit2 menyesak dada,
mahu kau lari dan bersembunyi,
tapi mana kau harus pergi?

haus--
tak terpuas lautan,
lapar tak terkenyangkan;
kau tau--
namun tak kau akukan.

kau selongkar bumi langit petala,
sedang jawabnya lama kau ada.
maka perlu apa kau bongkargali,
kalau cuma diletak tepi?


sayu--
tak terjelas fikiran,
rebah tak tersambutkan;
kau tau--
namun tak kau akukan.

apa kau cari yang sebetul2nya?
lama mana begini
--bertelanjang jiwanya?

haus--
tak terpuas lautan,
lapar tak terkenyangkan;

kau tau.

sayu--
tak terjelas fikiran,
rebah tak tersambutkan;

kau tau.

kau tau.
kau sayu.
kau rindu;

--sama tuhan.
TIDAK AKU MEMBENCI POLIGAMI


berjela aku tulis tentang satu topik ini tadi.
panjang. meleret2.
jujur dari hati.

kemudian aku baca semula.
selawat tiga kali.
kemudian entah macammana, safari yakni firefox aku padam sendiri.
hilang.

selalu macam ini.

kemudian aku senyum.
terima kasih, aku bilang dalam hati.

mungkin tuhan tak izin apa yang hendak aku sampaikan tadi.
:)

aslihli sya'li kullaha--
walaa takiluni ila nafsi--
turfata 'ainin

tolongi aku dalam apa yang aku kerjakan setiapnya--
dan janganlah ditinggalkan aku ini bersendirian dengan cuma diriku--
walau dalam sekelip mata cuma.

mungkin--
cuma mungkin--
apa yang hendak aku sampaikan tadi--
belum layak dihadam akal2 manusia di luar sana.

satu hari nanti, insyaAllah.
satu hari yang aku sendiri tak tau bila--
akan kita bincang sama2:

kenapa--
aku tidak membenci poligami.


At-Tawwab

assalamualaikum =)

"khabarkanlah kpd hamba2ku, bahawa akulah
yg Maha Pengampun, Maha Penyayang"
 
-Al Hijr, ayat 49.

pernah x rasa yg kita ni dah terlampau byk buat dosa & smpai rasea give up nk bertaubat?
i believe that everybody wants to be good. ask anyone,, even murderers wish to end up in paradise.
i mean,, who doesn't? we all know how great & beautiful the paradise is..
So why should we give up, friends?? I, myself, have commited sins. I, myself have felt the same.
rasea macam Allah pun da bosan dgn taubat2 kita,, beriya taubat, tapi pastu buat dosa lg..

Alhamdulillah, after some sessions of usrah, sharing on FB, videos of UAI,, one thing yg aku sedar,
is that every living human on earth, still has the chance to repent, and to ask forgiveness from Allah.
selagi kita hidup, selagi tu la kita ada peluang utk bertaubat. Sbb Allah tu kn AR-RAHMAN  (maha pengasih), AR-RAHIM (maha penyayang) dan AL-RAUF (maha pengasih). "MAHA" people! dahla "MAHA", 3 kali plak tu sifat yg same. maknenye, sebanyak2 mane pon manusia syg kte, Allah tu syg kte berkali2 ganda lg byk! So kaau manusia pun boleh maafkn kita, inikan pula Allah?
Allah tu jgk AL-AFU (maha pemaafAL-GHAFFAR dan AL-GHAFFUR (maha pengampun & maha pengampun sgt2) maybe lg clear maksud dia kalau kita fhm bahasa arab. dan nama Allah AT-TAWWAB plak maksudnye MAHA MENERIMA TAUBAT.

"tetapi barang siapa bertaubat setelah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah maha pengampun, maha penyayang" -Al Ma'idah, ayat 39

Therefore, we shouldn't be wasting time, thinking whether Allah will forgive us or not. Sbb kita xtau bila tertulisnya ajal kita. today might be our last day, or tomorrow, or the day after.. who knows?
so why take the risk? segerakan lah taubat.. sesungguhnya Allah itu AL-ALIM (maha mengetahui), AS-SAMIK' (maha mendengar) dan AL-BASIR (maha melihat). Allah tau keikhlasan & kesungguhan kita utk bertaubat. Allah dengar penyesalan dan doa2 kita. Allah nampak usaha2 kita utk menjadi yg lebih baik. "Jika kita mendekati Allah dgn berjalan, Allah mendekati kita dgn berlari". Allah tu sangat2 sayang pd kita.. So why shud we run away??

Allah itu bersama sangkaan hambanya. So, sentiasa lah bersangka baik terhadap Allah ya! ^o^

p/s: may Allah forgive our sins & bless our lives. amin  =)
NIAT

milik allah lah--
apa yang ada di semesta langit
dan apa yang ada di bumi.

dan jika kalian menampakkan apa yang ada di dalam hati kalian
atau menyembunyikannya--
allah akan menghitungnya pada kalian.

maka dia ampuni kepada siapa yang dia kehendakkan--
dan dia menyiksa siapa yang dia kehendakkan.

dan allah--
atas segala sesuatu--
adalah maha kuasa.

baqarah. 284.

interpretasi yang bermacam2.
tuduhan yang berjenis2.

kalau sudah namanya penulis--
tetap juga aku tulis.

qulil haqq walau kaana murra.
itu pegang aku.

interpretasi dan tuduhan datang dari orang.
apa yang perlu--
niat aku--
tuhan tahu.

rabbi,
anta maulaana fansurnaa 'alal qaumil kaafiriin.
TAKUT






 


JATUH


aku manusia.
ada hari-- aku jatuh.
ada hari-- aku tak larat tampal senyum kat muka aku.

hari macam minggu ini.

setiap tahun,
minggu kedua.
aku memang macam ni.

emosi.
marah2.
mudah menangis.
senang terguris.

tapi tak.
semua nak aku sembah semua orang.
nak aku joget, nyanyi, berzapin, berinang ikut rentak orang.

dari facebook ke blogspot ke instagram ke email.
ADA saja yang datang ke muka aku dengan segala macam.

aku mintak tolong.

aku manusia.
ada hari-- aku jatuh.
ada hari-- aku tak larat tampal senyum kat muka aku.




 

LISTEN ! LISTEN ! LISTEN!


kelakar macammana isu listen tu lebih mendapat tempat dalam hati keyboard warriors berbanding isu "quran thomping mother fuckers".

lepas ni,
aku nak tulis status yang PALING racist--
kemudian nak cakap "korang malaysian ni tak faham joke la" lepas tu minta maaf.

dan semuanya terampunkan.

aku nak tunggu.
harap2 ada parodi pasal ni pulak.

sebab bagi aku,
menggabungkan perkataan 'quran' dengan 'mother fuckers' adalah lebih besar dari isu hak kebebasan bersuara.

bagi aku la.