Wednesday, July 11, 2012

antara PAI epal dan MARSHMALLOW

Disatu kesempatan, aku menonton satu siri siri tv yang menceritakan tentang perihal makanan pelik seluruh dunia. Bizarre Foods tajuk rancangan tersebut. dalam episod itu, sang pengembara telah pergi ke Filipina untuk mencuba menu pelik di sana.

(terj:) "bahagian tulang tersebut menyebabkan rasa rangup..."
Amboi. Bukan main lagi mengkomer dok mencari makanan pelik seluruh dunia, ya! Mentang2 kami bukan jenis rodok apa saja, sedap seja mengkomer beri analisa makanan orang lain. Tapi aku rasa ianya soal rasa. Mungkin, lidah dan tekak yang asyik makan belacan dan rempah ratus akan merasakan sesuatu yang pelik apabila merasa sesuatu yang luar dari kebiasaan. Seperti mana pertama kali aku makan sushi...

Ini juga aku rasakan selepas memakan pai epal mekdi. Aku end up menyukai sushi, tapi pai epal mekdi, perhhh. kenot go. rili rili kenot gowww. rasa kayu manis (ke?) dengan epal tu adalah macam percubaan  paling tak dapat diterima oleh tekak melayu teman yang tulus ni. Mungkin, ada pai epal yang lagi sedap  yang dibuat oleh mana2 makcik dari california, tapi, pai epal mekdi, sorry-pangkahan besarr untuk mu...

Begitu juga dengan marshmallow. Wah. Kalau tengokkan setiap filem yang ada adegan unggun api, pasti ada je karakter yang sedang membakar marshmallow ni. Sorry. Bukan tekak aku untuk makan marshmallow ni. Ianya terbiar bergolek sahaja sepanjang hari atas meja makan.
 
Jadi, ianya berbalik pada soal rasa. Soal tekak. Mungkin mengkomer boleh buat cerita pasal bermacam makanan pelik di rantau kami, tapi jangan ingat makanan mengkomer tu tak boleh jadi pelik pada tekak kami.
Hidup sushi!!!

No comments:

Post a Comment