Saturday, March 22, 2014

MEREKA BUKAN KAWAN SAYA

04 febuari 2014 (selasa)

Macam biasa,aku bangun seawal pagi.terlupa off handphone malam tadi which mean kemungkinan bateri akan meletup. satu habit yang telah aku amalkan sejak umur aku masi remaja. (sekarang berumur,bukan tua). Dan seperti biasa juga,million mesej tertera pada skrin handphone.
Terdetik hati,membaca pesanan dari seorang kawan yang sudah agak berkurun tidak aku temui,jauh sekali untuk berhubung. Kononnya untuk membuktikan yang aku ini berkerjaya sangat. ur worst laa elfi.


sender: 'Lp,ben pass away,'


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Entah kenapa, payah untuk aku lelap kan mata. payah untuk aku menghadap laman mukabuku. Setiap satunya mengirim ucapan takziah. Bukan kepergian itu yang aku kesalkan. Siapa kita untuk menolak takdir? Siapa kita untuk salahkan apa yang terjadi. Perkara yang terpaling aku kesalkan,sehingga hari ini aku belum berjaya mengenali kau lebih dekat. BAKHRIAH.


a weeks later.

Beberapa orang kawan lama create group yang asalnya bertujuan untuk meratap pemergian 'kawan'  tadi. Dengan tujuan untuk mengurangkan beban anak-anak 'kawan'. Terduduk aku, cuba mengingat kembali perkenalan dulu. Tapi sayang,aku lupa pada indahnya cerita dulu. Aku tidak punya kudrat untuk bergembira.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Hari berganti. Semakin lama terasa akrab. Terasa dekat meski jauh.PELIK. kawan yang dulunya makan sendiri,tidur berbantal sendiri,lalu depan mata-senyum pun terasa payau. 12 tahun lepas kita bukan siapa-siapa. kau kawan dengan dia,aku kawan dengan dia TAPI we're never be friends.

Kita bukan racist, remember one thing, kita SABAHAN. We're always be proud to be a part of sabahan sebab kita bukan perkauman. Cuma,masa itu kita terlalu muda. We're quit busy with girlfriend-boyfriend thing. Tapi tiada sesalan.

Beberapa hari ini aku terus memikirkan satu-satu setiap jalan cerita yang ditakdirkan ini yang mana sehingga ke hari ini kita menjadi sangat dekat. Dekat pada hati lah senang cerita. Bermula dengan perkara kecil hingga ke sebesar-besar alam perkongsian kita.
Kita terlalu busy di semteknikku dulu kan? Ingat,there's no regret.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sekarang,bukan semua. Tapi separuh dari jiwa telah terisi. TERISI kan? Apa rasanya punya kawan untuk mendengar? kawan untuk berkongsi? kawan untuk ketawa? untuk MENANGIS.


maniskan sebuah PERSAHABATAN?
jangan lupa,untuk dapat kawan sebegini kita terpaksa melepaskan seorang 'kawan' untuk pergi.
Kita ditemukan atas sebab untuk saling menjadi bahu untuk bersandar. Jangan pernah penat.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kamu BUKAN kawan aku,tapi ANUGERAH.
anugerah lebih besar maknanya kan?  spread love :)


p/s:kalau ntu nanti aku terjatuh tolong sambutty sambut.jangan biar aku besiara bersuara sendiri.


Friday, April 5, 2013

BUKAN KERANA HARGA

aku rasa ini cuma aku.

tapi aku rasa sangat tidak seronok bila aku tertarik pada produk yang dijual secara online tapi tiada harga ditulis di situ. kecuali "PM untuk harga".

apakah ada niat harga berbeza2 pada pelanggan yang berlainan?
serius tak seronok.
macam SEDIKIT ada rasa 'aku bakal kena tipu ni'.

tapi mungkin sebab aku ini manusia penakut beli barang online.
jenis skeptikal.

mungkin ada kaitan dengan peristiwa dah-bayar-sampai-sekarang-tak-dapat-produk-pastu-terus-hilang-dari-pandangan-mata-majazi.

apa sekali pun.
aku tak marah pun.
cuma aku rasa--
kalau bubuh harga di gambar produk--
lebih senang untuk pelanggan.

bubuh harga.
senang sikit kami buat perbandingan.
dan lebih laju kami buat kerja.

percayalah.
setakat murah sepuluh ringgit dua,
insyaAllah ada yang macam aku yang tidak berkira.
bagi aku--
kalau servis manis, tukang jual mudah mahu komunikasi--
tak ada hal lah harga lebih sikit.
anggap duit parking yang tak perlu dibayar berbanding pergi ke pasaraya.

dan KALAU pun harga kita berbeza2--
anggaplah ia healthy competition.
dan bijak2kanlah diri dalam marketing perniagaan.
asal namanya berniaga--
MESTI ada turun naiknya.

kalau nak untung sahaja,
jual aiskrim malaysia.
insyaAllah--
modal ciput,
dok depan sekolah,
berlipat ganda.

okay?
*senyum*

untuk yang membeli pulak.
reti2 la baca.

kalau kat caption:
"available in blue, red and purple for rm 45"--
TAK USAH LA tanya:
"kaler pink ada?"

dan kalau barang bawah rm 50 tu,
tak payahlah tanya:
"boleh diskaun?"

dah la kita ni pemalas nak keluar rumah berbelanja.
takkan nak tambah 'kedekut' pulak.
:)

ok.
tak puas hati apa2--
"PM me, dear~~"

hahahah.
okbaiiiii.
CUBALAH JADI PANDAI,BOLEH KAN?

menemui para blogger.

saya FASIH hakikat kita semua datang dari PELBAGAI rencah lapis masyarakat. kita semua berbeza asalnya. bervariasi.

maka mungkin ada yang tidak faham.
yang PERLU diperingatkan.

niat yang PADA KITA biasa2 dan tak ada masalah--
mungkin CUMA pada kita biasa2 dan tak ada masalah.
maka timbullah pesanan rasulullah 'niat tidak menghalalkan cara".

malrilah memilih untuk jadi pandai.
pandai pilih masa.
pandai pilih siapa.
pandai pilih tempat.

pandai2 di masa2, siapa2 dan tempat2 yang SESUAI.

kepada semua yang ada di sini,
marilah kita sama2 belajar menjaga hati kita strangers yang datang dari kepelbagaian ini.
macam aku pernah cakap dulu--
CUBA baca dulu komen kita dalam dua atau tiga kali,
selawat,
tanya "patut tidak aku tekan publish ini?",
KEMUDIAN baru tekan publish tadi.

cuba bayangkan.
kau tengah pandu kereta di highway,
tiba2 drive shaft patah.
dengan kereta bermasalah besar,
termangu kau kat bahu jalan--
mengharap bantuan.

datang satu manusia,
berhenti, parking tepi,
datang dan kata:
"itulah, siapa suruh tak beli insuran kereta".

apa perasaan kau?

MEMANG la betul soalan orang itu.
tapi aku aku tanya.
SESUAI ke soalan itu?
di masa itu?
di tempat itu?

beradablah.

bila aku minta elok2 kalian sumbang bantuan; tak kiralah sekadar doa atau wang sepuluh dua--
BERADABLAH sedikit.
jangan dipersoal kenapa tak ada insuran, jangan dibebel inilah rakyat melayu tak reti beli insuran, jangan dibising tipikal manusia tak reti beringat masa senang.

ini bukan kali pertama.
naik penat aku delete komen2 manusia2 begini.
risau aku kalau2 terbaca ibubapa dan keluarga mangsa2 yang kita sedang janakan dananya.

CUBALAH BUBUH HATI DALAM RUANG BOLONG ANTARA RUSUK KALIAN.

pilihlah untuk jadi manusia yang memilih untuk pandai mencari sesuai.

sebab itulah tuhan tak beri manusia2 begini dugaan besar2.
orang begini--
ujian mereka--
adalah kesenangan.

semoga satu hati--
hilang butanya.
MARI CUBA BELAJAR BERSYUKUR

kadang2 tengok orang yang hidup tak usaha, tak susah payah, tak berterik nyawa, tak berperah darah dapat hidup senang dan mudah--
rasa macam tak adil.

ye lah.
kita macam nak mampus keluar pagi balik petang,
dah buat SEMUA benda dalam buku teks dalam chapter "mahu berjaya dalam hidup"--
rajin, cekal, tekun, berusaha--
SEMUA--
masih rasa malang.

rasa iri.
benci.
busuk hati.

kenapa dia?
KENAPA tidak kita?

kemudian kita pergi cermin.
tengok setiap inci muka kita.
lalu cakap--
"kesian kau".

*pause*
selalu, kan?
:)

sekarang.
alang2 sedang tengok cermin.
kira.
ada berapa hidung? satu?
ada berapa mata? dua?
ada berapa telinga? dua?
ada berapa mulut? satu?
ada berapa dagu? satu?

aku boleh listkan lebih seratus benda yang CUKUP kat bahagian muka sahaja.

mari jadi orang bersyukur.

kalau kita tiba2 terlupa bagaimana--
ingatlah--
PASTI ada orang yang lebih susah dari kita.

ustaz kazim pernah cakap--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal dunia--
selalulah membandingkan diri dengan orang kurang rezekinya berbanding kita dalam dunia.

kita bising kereta kita buruk.
nasib baik.
ada orang naik motor.
kita bising motor pancit selalu.
nasib baik.
ada orang naik rapidkl.
kita bising rapidkl asyik rosak.
nasib baik.
ada orang naik basikal.
kita bising basikal penat.
nasib baik.
ada orang jalan kaki.
kita bising kaki bengkok.
nasib baik.
ada orang kaki kena potong sebab diabetes.
kita bising kaki dah tak ada.
nasib baik.
ada orang dah meninggal dah pun.

jangan suka membandingkan diri kita dengan orang yang lebih hebat dari kita dalam dunia.
kita takkan belajar puas.

unstaz kazim cakap lagi--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal agama--
selalulah membandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi berbanding kita agamanya.

sayangnya, kita semua selalu terbalik.
bab dunia, kita bandingkan diri kita dengan yang lebih megah.
bab akhirat, kita bandingkan diri dengan yang lebih parah.

contoh.
aku baca quran seminggu sekali.
ok la dari dia.
baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.

aku baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.
ok la dari dia.
baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.

aku baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.
ok la dari dia.
dia langsung tak kenal huruf jawi.

hahaha.
kita ini manusia pelupa, kan?
:)

sorry, rabbi.
kami cuba tak buat lagi.

selamat jumaat.
dan syukurnya!
kita masih ada nyawa.

DONT JUDGE PEOPLE



kadang2 orang tak faham gunanya tarikh di setiap entri blog atau status.
maka aku hendak terangkan.

tarikh adalah batu tanda kejadian.
tentang bila.
mengenai ketika yang khas itu.
terjadi di spesifiknya waktu.

begitu tidak adil dan kejam andai sesuatu yang ditulis pada suatu tarikh digunapakai di tarikh yang lain. boleh jatuh fitnah. boleh porak-peranda. boleh membakar amarah.

cth:anita dua tahun lepas menulis tentang bahagianya dia berdangdut dengan musa.
semalam--
dia menulis tentang syurga itu terlalu cantik warnanya.
kenapa dipersoal siapa anita yang dulu?
kenapa tidak dinampak semenjak ramadhan tadi dia begitu gigih mencari diri yang baru?

atau : azri tujuh tahun lepas menulis dengan maki tentang bencinya pada perempuan dan betapa takkan mungkin dia menghormati wanita lalu menikahinya.
tadi--
dia bercerita tentang gigi pertama anaknya yang sudah mahu rompong kerana gula2.
kenapa dipertanya siapa azri yang dulu?
kenapa tidak dipandang bagaimana dimuliakan isterinya ke tahap pelangi di langit biru?

cepat.
atau lambat.
itu sahaja.

perubahan kita manusia--
ada.
cuma cepat--
atau lambat.

kita semua bukan kita 5 tahun dulu.
kita semua bukan kita 3 bulan lalu.
kita semua bukan kita 4 saat tadi.
kerana kita manusia--
dan kita percaya pada memperbetul diri.

jangan hukumkan seseorang hari ini demi tulisannya sebelas ribu tahun yang lalu.
bagaimana bernanah dia, sekurangnya dia sedang bertatih kini.
bagaimana pujuk dia agar diterima tuhan, itu antara dia dengan rabbi.

janganlah pula tudingkan seseorang hari ini demi dirinya atas apa yng kau tfsir pada mata kamu.
bagaimana berulat dia, sekurangnya dibangkit semula esok pagi.
bagaimana busuk dia, mungkin dia yang mendapat sempat berbanding kita sendiri.

sibuk2 busuk orang,
mulut sendiri lupa diperiksa.
sibuk2 ketiak orang,
badan sendiri lupa dijaga.

kita semua pendosa.
mungkin masanya berbeza2.
mungkin dosanya tidak pun sama.
tetap--
tak ada kalangan kita yang sempurna.

syurga itu terlalu luas untuk kau lokekkan.
apa seronok merasa nikmat tanpa ada siapa2 untuk kau kongsikan?
apa bahagia menggomol keindahan tanpa ada siapa2 untuk kau sama2kan?

berhentilah menjadi tuhan.
kalau tak mau dibantu tatihnya--
jangan dijatuh mereka.

biarkan.

kenangkan--
andai rasulullah memandang masa lalu--
tak mungkin umar menjadi al khattab.

umar.
yang ketika kafirnya menanam hidup2 anak perempuannya.
yang suatu masa dahulunya bersekongkol ketat dgn abu jahal yang gila.

umar.

*hela nafas*
haih...

aku adalah antara yang tidak percaya pada memadam entri2 lalu.
aku dengan waras mau membiarkannya terjelas.
bagi aku--
masa lepas layaknya dibiar di masa lepas.

aku perlu biarkan demi suatu masa dibaca setiapnya satu persatu.
agar aku SENDIRI melihat betapa jauh perjalanan aku mencari tuhannya.
sehari seinci--
jadilah, dari tak ada.

mana tau,
satu hari nanti,
ada yang berkata:
"kalau perempuan seburuk INI mampu kembali pada tuhannya--
apa lagi aku".

aku percaya,
cahaya tetap sudi menjamah aku.

Wednesday, February 6, 2013

WALAU SEBESAR ZARAH


bila ditepis manusia--
dijerkah tak layak
diludah disergah.

bila disinis manusia--
dibagi tempelak
ditolak dicegah.

tetaplah di jalan ini.
tak kiralah perlahan mana.
tak kiralah sesompek mana.
tetaplah melangkah.

biar manusia menepis menyinis.
biar manusia menjerkah meludah menyergah.
biar manusia membagi menolak mencegah.

innallah--
sesungguhnya allah itu

ghafuur--
paling memaafkan

ar-rahiim--
dan paling penuh kasih-sayang.

bertatihlah.
bagaimana susah.
tuhan nampak--
walau sebesar zarah.

KAU TAU


dan kau tanya dalam diam,
dengan mata kau biar pejam;
bagaimana mungkin wujud sunyi
di riuh engkau berdiri?

satu-persatu hilang ertinya,
berdikit2 menyesak dada,
mahu kau lari dan bersembunyi,
tapi mana kau harus pergi?

haus--
tak terpuas lautan,
lapar tak terkenyangkan;
kau tau--
namun tak kau akukan.

kau selongkar bumi langit petala,
sedang jawabnya lama kau ada.
maka perlu apa kau bongkargali,
kalau cuma diletak tepi?


sayu--
tak terjelas fikiran,
rebah tak tersambutkan;
kau tau--
namun tak kau akukan.

apa kau cari yang sebetul2nya?
lama mana begini
--bertelanjang jiwanya?

haus--
tak terpuas lautan,
lapar tak terkenyangkan;

kau tau.

sayu--
tak terjelas fikiran,
rebah tak tersambutkan;

kau tau.

kau tau.
kau sayu.
kau rindu;

--sama tuhan.