Saturday, September 15, 2012

new beginning

dear blogger,im quit bz for past few days. Dengan pelbagai jenis exam yang nak kena duduk plus dua tiga benda yang datang menerjah hidup saya. yet, saya masih x berapa nak ok. Since saya ada berbagai macam benda yang x reti nak saya jelaskan, still saya kena move on. mungkin semalam, hari ini dan esok saya akan menangis tanpa lampu merah but at the end of the day hanya akan ada saya seorang, sendiri-sendiri. so that, saya nak kena siap-siap dari sekarang supaya even saya terjatuh, masih ada kudrat untuk saya berdiri. well mawar hitam, be strong okay babe. im inside you ! let's start a new journey.

Sunday, September 2, 2012

gerakan solo

ya. saya sedang bergerak solo sekarang,, mgkn sampai bila2. guys, i need +ve people here with no hard feeling. so please, dont judge.

segala puji

kadang2;
datang malu aku sama tuhan atas setiap rahmat kurnia-nya--
atas sadar diri yang ini--
jauh dari molek apa lagi sempurna.

sampai;
aku minta tuhan berikan apa lagi baki2 rezeki ini--
pada seluruh dunia.

di kelilingi cinta--
adalah cukup yang melampau2.

segala puji dan syukur untuk engkau, wahai kekasih.
untuk nyawa yang bersambung tahun ini--
terima kasih.

27 tahun kau tadah degil aku.
jangan putus asa sama aku, wahai tuhan aku.

5 years ago

dear elfy of 5 years ago,

thank you for not giving up on yourself. thank you for choosing life. thank you for forcing yourself to breath, one breathe at a time.

cause, by god, if you did--
these boys are what you'll be missing.

it's beautiful what perseverance would bring to our door step.

bersabar--
dan tunggu loceng di muka pintumu.
di selalu--
akan ada sesuatu.

yang penting--
sabar.

love;
you of today.

Thursday, August 16, 2012

hanya kawan mengenal kawan

kawan aku dah nak bertunang, selama aku kenal dia baru kali ini aku tengok dia seserius itu. maunya aku tak pelik. 'kawan' inilah yang dululah serba tak cukup,tak serius,tak matang dan agak gila2 sedikit. bercakap soal dia yang serius itu, aku pun mcm biasa doing my part time job-menasihati dia sebanyak mungkin.

nasihat aku berbunyi begini :
ko serius nak kawin? betul ni? ok,macam biasa nasihat sama dari aku. ko jangan sekali2 dekatkan diri dengan alkohol and yes tak mau club2 dah. oh ya,kurangkan rokok. oh bukan, berhenti merokok. membazir. ingat sikit, ko tu nak kena pakai duit banyak,,nak tanggung anak orang. jangan nak harap duit pompuan. err,cuba cari kerja lain yg lebih menjamin ok? lg,ko pusa tak? jgn ngada2 nak tinggal. err,barang hantaran dah beli belum? beli ala kadar saja, jangan membazir. bla..bla..bla..

yang spoilnya :
err..hari ko nak tunang tu aku tak dapat nak attend. sorry ar ! 

kawan aku jawab :
datin..datin.. (dari 1st aku + dia jd kawan mmg inilah dia gelar aku), sebab tu aku sayang betul sama ko ni. ko satu2nya kawan pompuan yg aku ada dan ko jugalah yg selalu nasihatkan aku mngikut jalan yg diredhai. (part yg ni aku rasa dia tipu). kalau ko yg kawin,dimanapun aku..sanggup aku datang.
Baca mesej ko gelak2 macam tu pun dah buat aku rindu cara ko ketawa,bercakap,riang ko,gaya datin ko. haishh,lama betul tak lepak sesama. tapi,selama kita kawan ni satu ja yg pelik ada pada ko ni. 'ko tak pernah serius dalam apapun kecuali kerja dan ko tak pernah share mslh dgn org lain'.yang hairannya ko boleh ja cuba bergembira. kenapakah?

aku :
sebab, kalau aku serius orang akan rasa sakit hati pada aku. tak berkongsi mslh tu bkn sbb malas, tp kalau boleh biarlah kegembiraan saja yg share dgn orang. ubah topik, pasni makesure ko hidup bebaik tau. jadi lelaki yang melindungi ok. aku bersyukur finally ko jumpa jg pelengkap hidup ko.sepanjang kita berkawan aku dah tengok jatuh bangun ko, so please manage ur life even better. itu doa aku .

kawan :
tq arr datin. aku takkan lupa tu. satu hari kalau masa ko tiba dan ada yang melukakan ko,bagi aku tau dan aku akan ajar orang tu cukup2.

aku: 
ok bah kalau ko. live well okay buddy ?!

p/s : hanya kawan mengenal kawan. kredit to-incik abd ajis bin sugiyo,PH labuan 2012.


Monday, August 6, 2012

had to say gudbye

yuhuu .. dear blogger,

im going to spent my life for real utk beberapa tempoh yg agak panjang, so guys c u around da' corner.
im going to miss y'll damn badly. c all of u, soon.

"selamat hari raya everyone. cheers ! "

Friday, August 3, 2012

lara tari pencinta

susah kan jatuh cinta? oh, bukan susah  tp penat. pernah x korang rasa life was so hard once u've fall for a guy/women?
aku dah rasa.

ya. memang pada awalnya memang sgt ironik, unik, best, syok bercampur aduk dalam 1 masa yg sama. Awal pertemuan x payah cakapla, memang tidur x lena nyenyak. maximum !

kadang kita tak sedar,
dalam pada kita memberi rasa pada orang lain, terlalu banyak penerimaan yg dorang nak. manusia. lumrah.
"memberi dengan sedikit,meminta dengan banyak"
bila pula dunia ni pernah adil kan?

kadang kala,
kau rasa kau dah buat sehabis baik untuk orang lain tapi di mata kasar diorang, kau tetap tak cukup serbi dari segala aspek. kalau dah x suka, cenggitu la gayanya.

terkadang,
orang buat khilaf pun still nampak elok di mata kau, still kau nampak sempurna walhal kau dah pun jelas di mana salahnya. yang lebih teruk, kalau kau dah banyak memberi, satu saat orang akan atur semua list tu depan kau.

tapi kadang-kadang,
even kau sedang pada tahap waras, kau masi pretend to be ok dengan alasan kau cukup baik dan gemar memaafkan.
boleh ja memaafkan. Bukankah. "sedang Nabi maafkan umatnya" ?

selalunya,
bila orang datang pada aku mengadu diorang terputus kecintaan, paling tidak aku akan cakap,
" sabarlah, semua tu berlaku kerana hikmah, tersedia yang lebih baik untuk kamu di hadapan sana"

hari ini,
bila kena pada diri sendiri,dia punya sakit, kalah terpijak paku tekan.
barulah aku sedar, tiada apa yang boleh sembuhkan hati yang hancur melainkan masa.



Thursday, August 2, 2012

jangan buruk sangka

setiap kali ada orang cakap depan aku yang setiap dugaan datang dalam hidup kita adalah bahana sifat dan perangai dalam berpuatan kita--

aku jawab:
tak baik kau busuk hati pada tuhan--
bersangka buruk pada dia.

entah.
apakah cuma aku.
agaknya mungkin memang hanya aku yang merasakan setiap yang berat dipikul badan adalah juga hadiah indah dan melazatkan?

kerana apa yang mata aku lihat adalah ini:
HANYA dari kesusahan yang diterima dengan senyum dan kesabaran--
bakal mendatangkan rezeki yang banyak berkoyan2.

bermakna--
lebih besar beban di bahu kita--
LEBIH rezekilah kita nantinya.

entah.
mungkin cuma aku.

apa pun juga,
jangan sekali2 datang pada aku--
dan kata:
ini semua balasan tuhan pada dosa kita.

balasan atau tidak--
itu bukan hak kita untuk cerita2.

tuhan aku baik.
dan aku suka apa saja yang datang dari dia.

Wednesday, August 1, 2012

tak habis disini

Baguslah, kamu dah punya AMARAH
tapi sayang,
tempiasnya pada aku.

nostalgia rombongan sekolah

masa kecik2 dulu aku sgt aktif kat sekolah. cuma bila dah besar pnjang ni,, aku jd liat sikit nk bergerak. hormone changes la katakan.

Teringat masa duduk darjah lima, chegu masuk kelas mengumumkan mengenai lawatan sambil enjoy di hot spring,poring ranau. Tempat ni mmg chantek. sangat !

 

 dengar ja chegu buat announcement, aku la yg paling excited  dalam semua tu. gila2 punya seronok. Tak payah minta pendapat family, terus kasi nama kat chegu. hohohoho .
Sesampai ja di rumah, aku kemain lg mengkhabarkan berita yang menggembirakan tu kat puan emak. Tup2 dia terus kasi green light. Tapi ..

in one condition.
incik abang aku kena ikut sekali. kononnya sebagai pelindung aku disana nanti.
alaa, bolehlah janji dapat pergi.

Saat2 yang aku tunggu,siap tanda kat kalendar pun tiba juga akhirnya. Seawal pagi, incik bapa da hantar pergi sekolah dengan abang aku sekali, pakej.


Sepanjang perjalanan mmg sgt seronok, sehinggalah .. yeah sampai !




 Di pendekkan cerita,, aku terus ja terjun kolam air panas tu dengan yakin dan megah.
tak sampai 5saat, dushh !


ok,aku lemas. yes,im drown ok. i am !



Sesedarnya aku, aku bkn lagi berada dalam kolam tadi,, bukan lagi tengah enjoy sakan. pitam.


Sampai ke hari ini, tiap kali pergi sungai ka, piknik ka, member2 akan tanya soalan wajib : " el, knp ko x masuk sungai mandi sesama ? " aku jawab ringkas dan padat " aku x reti berenang " . walhal  family member aku kemain pro lagi berenang,,siap kuak lentang bagai.


dan aku?
ya,aku fobia.
aku trauma.
aku takut.
takut pada laut.
takut pada sungai.
takut pada air.

takut LEMAS lagi --

p/s: akan ada masanya, kita punya tragedi yang payah untuk dikongsi. hanya akan membuka parut di dada.











Monday, July 30, 2012

Kacang ... ?




Sesekali teringat pula sesuatu peristiwa mengenai kacang gajus,,
apabila aku ngan seorang teman tapi mesra ^^.... tiba-tiba di hidangkan  makanan ringan berbentuk kacang,,

aku tahu kacang tu adalah kacang gajus.. 
Tapi member sorang ni dengan konfidennya memberitahu aku tu adalah kacang Bendi.. hehhe.. 

Sakit perut ketawa dibuatnya... 
aku pun tak tahu samaada dia betul2 tak tahu atau sekadar hendak membuatkan lawak untuk aku tersenyum ;)

Dan memang pun aku akan sentiasa tersenyum dan teringatkan si dia apa bila ternampak Kacang Gajus,, ;)

Wednesday, July 25, 2012

down memory lane

khas untuk budak2 satu generasi dengan aku.
zaman jadi budak kampung itu kool.
zaman kita invent our games.
zaman kita have fun with merely nothingness.

airmata aku bergenang.
rindunya zaman2 itu.

ujian tuhan

random thought:

what if all these things we have been calling dugaan are plainly balasan of things we have done.

macammana kalau sebenarnya semua benda yang menjadi rintangan dan kita namakan sebagai ujian tuhan adalah sesungguhnya kifarah pada perbuatan2 kita juga?

bermakna;
kekurangan dan halangan yang kita ada--
adalah sesuatu yang selayaknya untuk kita..?

bermaksud;
ini adalah pemberitahuan tentang betapa kita ini masih terlalu banyak dosanya.

apa yang membezakan ujian tuhan--
dengan balasan atas muka bumi miliknya?

itu soalannya.

beri hati

counter attack yang paling mujarab adalah dengan kaedah 'beri hati'.

jangan melawan.
jangan menjawab.

iyakan.
benarkan apa yang dituduh.
walau sesusah mana.
walau sepayah mana.

tak kiralah kau memang bersalah sekali pun.
dengan beri hati,
kau tak perlu minta maaf dan ampun.
dan kalau pun kau bagi,
tak ada wajib untuk kau ikhlaskan apa kau pohon.

dan pihak lawan akan tahu kau beri hati.
dan dia akan berserah.
dan kau menang.

tahniah.




ayashi,2012

win like a winner

Maaf aku x rasa apa tgk gambar bendera malaysia dibakar indonesia. demm. Ya. Tapi sama saja teruknya dgn manusia melayu pergi buat pasal dgn bangsa orang kat negara orang sampai aku ditanya "so, that is malaysia?".

Bukan kata apa. Baca sajalah komen2 respon kita di gambar. Kdg2 aku rasa bakat mencaci kita sahaja dah cukup untuk tumbangkan negara.

Sayang negara ada banyak cara. Flipping out, hack website org dan buat juvinile pranks cuma menambah bodoh sahaja. Please. If you really must, win like a winner.

pernah ada

bukan mudah untuk kita jadikan orang lain sebagai pendamping. sebagai tmpt berkongsi. sebagai tmpt meminta puji dan pugut . semua tu bukan mudah. tidak mudah juga untuk aku. aku yg punya unsur api.
yg tidak suka ini. tidak suka itu. dalam ertikata lain, di kerah dan di arah. maaf tp itu hakikat. itulah aku.

bertemu dgn sebillion manusia yg berlegar atas mukabumi ni, yang pelbagai ragam. yg jahat. yg baik. yg pura2 baik. yg pura2 jahat. tp sejauh itu,, kita juga aku bukan tuhan yg berhak menilai sesuatu benda bernyawa yg ada.

iman bukan kuman yg boleh kita lihat melalui mikroskop. kann ? so,dont judging. people make mistake. itu lumrah.

tp,dlm banyak kejadian tu. kamu perkara terbaik yang aku PERNAH ADA. 'busybody'.

hujung semesta

 

lelaki terkacak di dunia.

ya.dia lelaki paling kacak dalam dunia ni,, celikkan mata berkali sekalipun dia tetap yang terkacak penah aku hadap depan mata. 

penah satu2 masa dulu,,kami tersalah faham,tergigit jari kerana marah pada dia tp sejauh itu dia tetap yang sempurna pada aku,pada mereka.

aku bukan yang baik terlahir untuk dia,untuk mendengar tiap baris kata2 dia,malahan bab2 melawan ni mmg aku no 1.paling !

tp dia ni,,macamana pun kau rajuk pada dia,marah pada dia,kecik ati pada dia but still dia senyum dan dekat pada kau. still dia nk dekat pada kau . still call bertanya khabar.

dalam pada merenung hidup, acapkali teringat pada dia, terflashback balik memori2 lama antara kami. betapa tingginya juang dia utk aku, utk mereka. bukan smlm tp sampai bila2.

di atas mukabumi ni saja,aku jadikan dia manusia kedua yg memberi impak terbesar dalam hidup aku. yang aku sanjung dan puja sampai akhiran nyawa. 

aku jadikan dia kedua kerana puan emak berada ditempat pertama dan itu wajar. harus.

lelaki terkacak didunia, incik tahir hj yusof. aku letakkan bapa di tmpt kedua kerana termaktub 'syurga itu di bawah telapak kaki ibu'. 

walau itu, kamulah nyawa sampai ke HUJUNG SEMESTA .




valentine

semoga dalam keriuhan semua orang bercinta pada hari yang kononnya khas untuk pecinta, ada yang teringat terangnya hari lahir kekasih kita rasulullah yang teragung beberapa ribu tahun lepas. ila hadratan nabi mustafa rasulillah sallallahu alaihi wasallam, kiraamul faatihah.

aku.saya.

semoga aku masih aku yang dulu2. semoga aku tetap mampu untuk jadi setiapnya utk kamu2. semoga aku tak terpatahkan, kerana aku perlu kebal untuk kamu satu-persatu. cuma kasi aku masa. aku terlalu diserabut pendek masa. nanti2 aku kembali. tunggu aku. terima kasih kalian yang semua di sini, di sisi aku.

bercengkerang redha

semoga takkan kita lupa betapa hebatnya yakin ibrahim pada tuhan. *pause* berapa ramai kita mampu membuang ragu baiknya tuhan bila mana datang musibah atas kita? malah yang lebih selalu, bila datang hari2 hancur, siap kita tanya2 tuhan kita. haih. malu sungguh menjadi kita. selamat berkorban, sahabat2 dan kawan2. semoga kita lebih kebal bercangkerang redha.

Sunday, July 22, 2012

what goes around comes around

korang percaya x pada namanya takdir ?
sy percaya.
tp semalam, lebih percaya.

pernah x satu2 saat tu korang tercari2 org yg parnah hilang dlm hidup kamu?
sy pernah.
12 tahun lalu.

ada x kamu cuba mncari 'benda hidup' yg pd tanggapan kamu telah mati?
sy pernah.
12 tahun lalu.

dlm tempoh kamu mncari pnh x kamu rasa "give up n just let it be" ?
oh ya,sy pernah.
juga 12 tahun lalu.

13 years ago  12 years ago ..

lady in blue : ada org nk kenalan ni,kwn joe.ko okay x ?
heroin : kenal tu aku okay,,subjek yg nk kenalan tu yg aku curious sangat.

along the years, 'subjek' td memang perfect.word. the thing is,, dia punya segalanya. mungkin di mata
sorang manusia ja dlm ramai2 mata yang ada. bercinta ala kadar saja and yes penuh dengan tatatertib sbb 'subjek' tadi seorang yang aku kategorikan warak ( dia bkn anak imam ok )   .
cukup untuk buat hari2 sy kelihatan sibuk memikirkan dia. love at a first sight ! hahaha
ari2 terus berlalu dgn warna warni dalam hati, abang senior punya pasal,senyum 24jam pun,not a big deal. 

lady in blue : amboi,,since past few months kemain lg ar,,siap dating d surau bagai. member lalu pun
                    mcm x nampak sj. haha
heroin : maafla sahabat, im afraid the time will be less for us to sharing. sharing is caring remember ? hehe

waktu terus berlalu, hubungan yg sangat tertib itu berakhir dgn si 'subjek' td habis spm dan balik 
kampung. si pemuja tegar ni pula di biarkan di tepi pagar tanpa kata2 selamat tggl or at least "jaga diri,sy akan dtg dan cari kamu" . not even a  single word. demm. 
inilah yg aku panggil usaha, pernah percaya dan pernah mencari tanpa henti.
tapi si dumbo ni punya tahap kesabaran mmg tinggi. tunggu dgn tegar smpi result spm abg2 dan kakak2 senior punya result kluar. 

lady in blue : weh,ko ada jumpa dia x? dia ada dtg dgn joe tadi. sekarang dah blah. jumpa x?
heroin : boleh pula aku tggu dia mcm si dungu pastu dia boleh pula main hide n seek dengan aku.
            kalau tau, aku tggu dkt pagar tu n tnya apa mslh kt dalam otak dia tu. x berfungsi ka apa ?  
            sebenarnya,smuatu aku jwb dlm hati ja. sbb pada aku,soalan member tadi punya tough mcm
            style nk kena jawab paper prinsip akaun. dia punya susah, lebih kurang.

sepanjang jalan ke hostel yg nmpk kabur aku tertanya, knp agaknya si 'subjek' td menghantarkan
surat yg banyak dan panjang berjela sepanjang ketiadaan dia? bukankah itu bermakna " awak kena
tunggu sy,awak kena tggu". sbb tu sy tggu kamu bengap ! . aku  punya loyalty itu masa, siap x
pandang peminat2 tegar aku, sampai semut hinggap di kaki pun aku pijak sampai mati. loyalty
punya pasal.

hari itu,aku belajar sesuatu yang baru, x kira betapa tegar hati ko,even kau renang lautan api, even
ko redah hutan belukar tp kalau dia x suka kau, x guna juga. senang cerita, wallahu'alam.

itu, itu hari punya cerita,sda basi. tp semalam punya cerita ..

buka ja laman buka buku, seorang weirdo mengadd aku . nmpk ja mutual friend,aku pun belasah
ja main approve. eh ? cpt gila org tu inbox. x meyempat nk singgah album.\

peep online : hi ! akhirnya.
heroin : nk hi balik tp jap, nk tgk album jap <- ni dlm ati berbisik sj tau. haha

okay. hi 'subjek'. rupanya itu kau. keciknya la dunia ni, mcmn pla mamat ni ble tercari terjumpa aku
pulak ni. aku x puas hati btl dgn mark zukherberg ni,, lainkali x pyh nk ya2 sangat cipta fb ni.
kan da sakit ati aku !

betul lah, sejauh mana pun kau lari, sekuat manapun kau lari, tapi kalau niat kau adalah utk lari
dari aku, kau tetap akan berjumpa aku, 'subjek'. 

what goes around comes around --

 



       

Saturday, July 21, 2012

I need a life jacket here!!!


Assalamualaikum wbt...

Happy weekends to ols..finally, i manage to rest myself after three exhausting weeks. Fuhh!!!..well, This weekend is not actually be as it supposed to be..hurm..a lot of work,research to do which will be exactly after this holiday..to make it clear, 2 days after this holiday which reminds me that" hello, there's not much time left".."too many things to do"...the powerpoint aren't ready yet "...hey relax...this is a team work so dont worry because we still have some time to do it..insyaAllah...(ok thats just a monologue)..so ignore it...

Focusing on the topic for this post, it is a kind of reminder for me so that I am not strong enough to be alone...meaning is that when we are far away from regular tarbiyah), we tend to do the things that Allah dont really like it and the worst part of all, it gives us more sins..Being so long, not going to usrah and certain programmes that really helps to clean your heart, is a big danger..An analogy that i can put here is that you are swimming in the sea and you are about to drown..Suddenly there are people who come and give you a life jacket where you will can swim without being afraid of drowning.Just assume the sea as this life. Drowning here as You blend with world and with high possibilities to go astray from the right path.Whike the life jacket is the factor that can bring you back living in the islamic way.

Living in this hectic world, esp when you have your own career really takes a lot of your time and usually in a day, you just have the time to eat, sleep and pray. It is also a burden for you when you are a new people there and people use this chance to give you a lot of works. All this things consume a alot of your time and you dont even have the time to refresh your self..not to forget the most important thing which is your IMAN...

Need to put a stop here...this is elfyrina reminds you as well as reminding herself in case we forgot..

Wallahualam...

aku,puasa dan nasi kerabu

haipp, saya lagi !
salam ramadhan kareem semua !
well,sy xberapa nak ada idea but still sy nk juga 'mencarut' di sini.ops maaf, maksud sy 'mnconteng', berkisar kpd life in kuala lumpur,ini masuk tahun ke3 sy berlapar di tanah yg bukn tnh tumpah darah sy. past few years,,terasa sgt weirdo menahan lapar di sini,,ini type punya lapar mmg sgt2 luar biasa. mgkn sbb ..

one word, mom !

demm, i miss everything back there. kari,tomyam,rebung,ayam kicap bla bla bla. smua yg terhasil dr air tangan my mom :(

mengimbau kembali tahun2 sudah ..

sept 2010

sgt terumbang ambing pada awalnya,,maunya tak ..kena urus semua secara solo. dan ya,sy failed dlm hal memasak (mnyesal dulu2 xberguru kpd mak sy). tp mcmnapun sy still dpt berpuasa dgn baik sbb sy pny housemate sgt gemar memasak,bkn sorang dua tp all of them ! untungnya jd saya ! tggl nk makan ja lagi . ngee ~~  yg xbestnya,,menu tiap hari adlh sama. word. err korang rsa layak x sy nk komen bila pd masa yg sama,,sy pegang senduk pun x reti ? hehehe. owh x layak ek ? baiklah. thun ni pny puasa x berapa nk best sangat tp dia punya raya? gempak. sy raya kt johor ok.

aug 2011

sy highlight kan part ini krn ini thun gembira utk beraya . puasa tahun ni sy da berjaya mnyesuaikan diri dgn suasana kota yg pd sy,sesak ! pergi bazaar pun nk kena beratur mcm kt bank simpanan nasional . ari pertama puasa sy berbuka dgn nasi kerabu. nasi klate tu boh,,kawe make siap nga budu. terbaekk ! yg x boleh percayanya ..

day 2
day 3
day 4 
day 5
day 6 
day 7
day 8
day 9
day 10
day 11
day 12
day 13
day 14 
day 15
day 16
day 17
day 18
day 19
day 20
day 21
day 22
day 23
day 24
day 25
day 26
day 27
day 28
day 29

menu sy sama sepanjang tempoh itu,nasi kerabu truly made by kelantan peeps. demm.

yg paling, tersangat paling..sy rya d sabah ! tau da kamurang apa jd kan? tersangat gumbira happy smpi x dapat di kongsikan di sini (takut page x cukup :) )

aug 2012 

puasa tahun ketiga.
ya btl,ini hari pertama.
tp byk yg berubah tau.
sy masak sahur sendiri,dgn jayanya. 
after all,sy sedar.. anak mama  puan rosaini dah matured .
practice makes perfect remember ? ngee ~
nanti2 sy hapdet lg,,takut tenaga sy jatuh ke paras bahaya !




bodoH macam itu

macam biasa
dia koyakkan aku.

macam biasa
aku sengih dan hegeh.

sebab macam biasa
aku bodoh macam itu.

ayashi , 2012

Thursday, July 19, 2012

tulang Rusukku

 tiap kali tgk MV ni, msti ati akan berbisik 'bilakan ada org nyanyikan lgu ini utk aku.live'
...'jika memang dirimu terlahir untukku,bawalah hatiku dan lekas kembali...' demm.

ku punya manja,kau sj boleh rasa


untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?
apa kau buta? apa kau pura-pura suka?”

di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu:

“dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia nangis tonton cerita korea
dia mungkin keras bila bersuara
tapi dia jelas jujur apa adanya--

aku lagi kenal dia”

dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
kau sangat manis, aku ini pula dawai besi"

di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
"apa kau lihat pada aku, jujurkan saja"
terus kau cubit dagu aku sambil berkata:

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua--

saya kenal sayang saya”

buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja
suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa

rahsia kita berdua

kredit to: fynn :)

Wednesday, July 11, 2012

karma kehidupan


Seringkali hidup tidak seperti yang dicitakan
Bertukar wajah dan cerita bukan bagai diimpikan
Kisah lara dan duka berganti-ganti datang dan pergi
Apakah ini karma kehidupan atau takdir satu perjalanan
Menagih kesabaran diri juga menguji keteguhan hati
Bertasbih jiwa berlagu hati
Menyahut cabaran dan luka yang terpendam
Bagaimana selepas ini
Bolehkah meneruskan perjalanan
mengharapkan ada cahaya dihujung jalan
mendoakan wujud sinar disetiap laluan
Lalu kaki melangkah, meneroka ke masa silam
Kembali menoleh ke belakang
Adakah lagi sisa harapan
Andai karma tidak lagi dipertaruhkan
Kerana diri sudah kenal erti kehidupan
Perlu disahut segala ujian
Merampas pergi segala kekeliruan
Langkah kejayaan perlu bermula
Menyelesaikan perkara yang belum kesampaian
Menyudahkan cerita yang telah dikarang
Moga pengakhirannya tercipta satu kebahagiaan.

kompas diri,mencari2 arah.

Salam ukhuwwah...


Macam macam ada....jika mahu pedoman, ia ada disitu! Tentunya kita perlukan pedoman. Tanpa kompas kita tidak tahu arah utara mahupun selata atau timur dan barat. Jadi jangan menyangka bahawa kita tidak perlukan pedoman. Tanpa pedoman, maka insan tidak akan tahu bahawa yang itu haram, yang ini halal, yang itu wajib, yang ini harus dan sebagainya. Kita tidak akan tahu apa yang boleh, apa yang tidak boleh dalam kehidupan ini.


Jangan menyangka, hirupan nafas pertama saat lahir ke dunia itu adalah tanda kebebasan mutlak! Tidak sama sekali....ia bermakna bahawa ada amanah besar terpikul dibahu. Ada sumpah yang perlu dilaksana. Ada janji yang perlu ditepati. Ada persoalan yang perlu dijawab nanti! Akan tetapi inilah diri, diriku dan kalian semua...sering alpa dan lupa. Bahawa janji yang dimeterai itu perlu dipenuhi tetapi ia hanya berlalu begitu sahaja. Kehidupan fana yang hanya sekali ini terus sahaja dibazirkan begitu sahaja. Tidaklah hidup ini untuk berbuat sesuka hati.....bicara seenaknya, mengata semahunya, mengeji 'sesedap' kata, berlaku semahunya....batas dilanggar sesukanya....


Kitab agung itu punya pengertian, punya pedoman pelbagai...jangan jadikan ia umpama sampah....diguna bila mahu, disepikan bila tidak mahu! Bila sakit baru tercari cari ubat, bila serabut baru tercari cari ketenangan...apakah kita ini?


Cuba tanyakan kepada diri tentang soalan ini.......


1. Jika kalian diberi preskripsi oleh seorang doktor untuk mengubati penyakit......adakah cukup dengan hanya menggantung preskripsi itu dileher? atau merendamnya ke dalam air lalu meminum airnya dengan harapan kesakitan itu akan pulih? Jenis pesakit apakah kita ini? Tentunya sang doktor akan geleng kepala melihat telatah kita....begitulah juga betapa serupanya kita melayani wahyu dan firman Allah swt dalam alQuran alKarim.....yang berupa  preskripsi tentang kehidupan, penyelesaian masalah kehidupan, namun kita biarkan tidak ambil peduli.....atau kita ambil apa yang kita sukai dan meninggalkan sebahagian yang besar....masyaallah! Jenis manusia apakah aku ini? Jenia manusia apakah kita ini! Sewenang wenangnya merentas batasan yang telah ditetapkan lalu menempah 'penyakit' dan balasan atau akibat dari tindakan kita!


Fikirkan dan renungkan sejenak!


Fahamilah, dan renungkan lah makna dari wahyu Illahi! Jangan sekadar dibaca tanpa difahami! Waima kita ini tidak tahu bahasa arab, sekurang kurangnya banyak tafsir alQuran yang ada...mengapa kita tidak teliti maksudnya....jika tidak difahami, mengapa tidak rujuk kepada para ulama...mahupun tafsiran dan hasil tulisan para ulama terdahulu!


Inilah akibatnya apabila nasihat "DOKTOR" yang pakar tidak kita endahkan. Maka berlakulah segala macam kebejatan dalam kehidupan manusia! Tidakkah kita ini sombong tanpa disedari apabila kita tidak mengendahkan seruan dan nasihat Allah swt dan tidak mengikuti Sunnah Rasulullah saw! Aduhai insan...aduhai diri! Muhasabahlah! Sesungguhnya didalam alQuran itu...macam macam ada untuk kebaikan manusia! Berbagai pengajaran dan tips yang hebat ada.....

khalifah Jiwa

oh nyamukku


puashati tngok gambar nyamuk tu! apatah lagi nasib dia selepas gambar ni

kita perlu bergerak !

sudah lama aku merasakan yang hidup ini seperti memandu kereta.  aku kena jaga diri sendiri. aku juga perlu menjaga orang lain. tidak ada apa yang lebih dihargai selain dari hemah  adab mulia timbang rasa sesama atas jalan.
aku melihat hampir sepanjang minggu lepas setiap hari ada kemalangan. menambah neraka adalah pembabitan kereta aku sendiri. aku percaya antara nilai ketamadunan masyarakat (boleh dikatakan, satu malaysia?) boleh dicerminkan di atas jalan raya. 
sesak bersama, berlaju bersama,  sama2lah kita akur kapasiti kita. 

semoga perjalanan kita lebih selamat!  

antara PAI epal dan MARSHMALLOW

Disatu kesempatan, aku menonton satu siri siri tv yang menceritakan tentang perihal makanan pelik seluruh dunia. Bizarre Foods tajuk rancangan tersebut. dalam episod itu, sang pengembara telah pergi ke Filipina untuk mencuba menu pelik di sana.

(terj:) "bahagian tulang tersebut menyebabkan rasa rangup..."
Amboi. Bukan main lagi mengkomer dok mencari makanan pelik seluruh dunia, ya! Mentang2 kami bukan jenis rodok apa saja, sedap seja mengkomer beri analisa makanan orang lain. Tapi aku rasa ianya soal rasa. Mungkin, lidah dan tekak yang asyik makan belacan dan rempah ratus akan merasakan sesuatu yang pelik apabila merasa sesuatu yang luar dari kebiasaan. Seperti mana pertama kali aku makan sushi...

Ini juga aku rasakan selepas memakan pai epal mekdi. Aku end up menyukai sushi, tapi pai epal mekdi, perhhh. kenot go. rili rili kenot gowww. rasa kayu manis (ke?) dengan epal tu adalah macam percubaan  paling tak dapat diterima oleh tekak melayu teman yang tulus ni. Mungkin, ada pai epal yang lagi sedap  yang dibuat oleh mana2 makcik dari california, tapi, pai epal mekdi, sorry-pangkahan besarr untuk mu...

Begitu juga dengan marshmallow. Wah. Kalau tengokkan setiap filem yang ada adegan unggun api, pasti ada je karakter yang sedang membakar marshmallow ni. Sorry. Bukan tekak aku untuk makan marshmallow ni. Ianya terbiar bergolek sahaja sepanjang hari atas meja makan.
 
Jadi, ianya berbalik pada soal rasa. Soal tekak. Mungkin mengkomer boleh buat cerita pasal bermacam makanan pelik di rantau kami, tapi jangan ingat makanan mengkomer tu tak boleh jadi pelik pada tekak kami.
Hidup sushi!!!

tatkala keluar pergi kelas ~

keluar rumah. di lampu isyarat. menghadap sesak. terhenjut-henjut. 5meter. henjut-henjut. 5 meter. henjut-henjut seterusnya...
ku harap tidak ada apa-apa yang serius terjadi padamu, kawan. dalam kita keluar rumah untuk kali ini...

mesir,apa cerita ?

 apa yang boleh dipelajari oleh mereka yang sedang empuk berkuasa, ialah, inilah yang akan jadi bila rakyat meluat.

apakah dirindu

Mungkin nanti kau
akan tiba dalam ingatan
sebagai sesuatu
yang terbaik pernah 
terjadi untukku.