Thursday, August 16, 2012

hanya kawan mengenal kawan

kawan aku dah nak bertunang, selama aku kenal dia baru kali ini aku tengok dia seserius itu. maunya aku tak pelik. 'kawan' inilah yang dululah serba tak cukup,tak serius,tak matang dan agak gila2 sedikit. bercakap soal dia yang serius itu, aku pun mcm biasa doing my part time job-menasihati dia sebanyak mungkin.

nasihat aku berbunyi begini :
ko serius nak kawin? betul ni? ok,macam biasa nasihat sama dari aku. ko jangan sekali2 dekatkan diri dengan alkohol and yes tak mau club2 dah. oh ya,kurangkan rokok. oh bukan, berhenti merokok. membazir. ingat sikit, ko tu nak kena pakai duit banyak,,nak tanggung anak orang. jangan nak harap duit pompuan. err,cuba cari kerja lain yg lebih menjamin ok? lg,ko pusa tak? jgn ngada2 nak tinggal. err,barang hantaran dah beli belum? beli ala kadar saja, jangan membazir. bla..bla..bla..

yang spoilnya :
err..hari ko nak tunang tu aku tak dapat nak attend. sorry ar ! 

kawan aku jawab :
datin..datin.. (dari 1st aku + dia jd kawan mmg inilah dia gelar aku), sebab tu aku sayang betul sama ko ni. ko satu2nya kawan pompuan yg aku ada dan ko jugalah yg selalu nasihatkan aku mngikut jalan yg diredhai. (part yg ni aku rasa dia tipu). kalau ko yg kawin,dimanapun aku..sanggup aku datang.
Baca mesej ko gelak2 macam tu pun dah buat aku rindu cara ko ketawa,bercakap,riang ko,gaya datin ko. haishh,lama betul tak lepak sesama. tapi,selama kita kawan ni satu ja yg pelik ada pada ko ni. 'ko tak pernah serius dalam apapun kecuali kerja dan ko tak pernah share mslh dgn org lain'.yang hairannya ko boleh ja cuba bergembira. kenapakah?

aku :
sebab, kalau aku serius orang akan rasa sakit hati pada aku. tak berkongsi mslh tu bkn sbb malas, tp kalau boleh biarlah kegembiraan saja yg share dgn orang. ubah topik, pasni makesure ko hidup bebaik tau. jadi lelaki yang melindungi ok. aku bersyukur finally ko jumpa jg pelengkap hidup ko.sepanjang kita berkawan aku dah tengok jatuh bangun ko, so please manage ur life even better. itu doa aku .

kawan :
tq arr datin. aku takkan lupa tu. satu hari kalau masa ko tiba dan ada yang melukakan ko,bagi aku tau dan aku akan ajar orang tu cukup2.

aku: 
ok bah kalau ko. live well okay buddy ?!

p/s : hanya kawan mengenal kawan. kredit to-incik abd ajis bin sugiyo,PH labuan 2012.


Monday, August 6, 2012

had to say gudbye

yuhuu .. dear blogger,

im going to spent my life for real utk beberapa tempoh yg agak panjang, so guys c u around da' corner.
im going to miss y'll damn badly. c all of u, soon.

"selamat hari raya everyone. cheers ! "

Friday, August 3, 2012

lara tari pencinta

susah kan jatuh cinta? oh, bukan susah  tp penat. pernah x korang rasa life was so hard once u've fall for a guy/women?
aku dah rasa.

ya. memang pada awalnya memang sgt ironik, unik, best, syok bercampur aduk dalam 1 masa yg sama. Awal pertemuan x payah cakapla, memang tidur x lena nyenyak. maximum !

kadang kita tak sedar,
dalam pada kita memberi rasa pada orang lain, terlalu banyak penerimaan yg dorang nak. manusia. lumrah.
"memberi dengan sedikit,meminta dengan banyak"
bila pula dunia ni pernah adil kan?

kadang kala,
kau rasa kau dah buat sehabis baik untuk orang lain tapi di mata kasar diorang, kau tetap tak cukup serbi dari segala aspek. kalau dah x suka, cenggitu la gayanya.

terkadang,
orang buat khilaf pun still nampak elok di mata kau, still kau nampak sempurna walhal kau dah pun jelas di mana salahnya. yang lebih teruk, kalau kau dah banyak memberi, satu saat orang akan atur semua list tu depan kau.

tapi kadang-kadang,
even kau sedang pada tahap waras, kau masi pretend to be ok dengan alasan kau cukup baik dan gemar memaafkan.
boleh ja memaafkan. Bukankah. "sedang Nabi maafkan umatnya" ?

selalunya,
bila orang datang pada aku mengadu diorang terputus kecintaan, paling tidak aku akan cakap,
" sabarlah, semua tu berlaku kerana hikmah, tersedia yang lebih baik untuk kamu di hadapan sana"

hari ini,
bila kena pada diri sendiri,dia punya sakit, kalah terpijak paku tekan.
barulah aku sedar, tiada apa yang boleh sembuhkan hati yang hancur melainkan masa.



Thursday, August 2, 2012

jangan buruk sangka

setiap kali ada orang cakap depan aku yang setiap dugaan datang dalam hidup kita adalah bahana sifat dan perangai dalam berpuatan kita--

aku jawab:
tak baik kau busuk hati pada tuhan--
bersangka buruk pada dia.

entah.
apakah cuma aku.
agaknya mungkin memang hanya aku yang merasakan setiap yang berat dipikul badan adalah juga hadiah indah dan melazatkan?

kerana apa yang mata aku lihat adalah ini:
HANYA dari kesusahan yang diterima dengan senyum dan kesabaran--
bakal mendatangkan rezeki yang banyak berkoyan2.

bermakna--
lebih besar beban di bahu kita--
LEBIH rezekilah kita nantinya.

entah.
mungkin cuma aku.

apa pun juga,
jangan sekali2 datang pada aku--
dan kata:
ini semua balasan tuhan pada dosa kita.

balasan atau tidak--
itu bukan hak kita untuk cerita2.

tuhan aku baik.
dan aku suka apa saja yang datang dari dia.

Wednesday, August 1, 2012

tak habis disini

Baguslah, kamu dah punya AMARAH
tapi sayang,
tempiasnya pada aku.

nostalgia rombongan sekolah

masa kecik2 dulu aku sgt aktif kat sekolah. cuma bila dah besar pnjang ni,, aku jd liat sikit nk bergerak. hormone changes la katakan.

Teringat masa duduk darjah lima, chegu masuk kelas mengumumkan mengenai lawatan sambil enjoy di hot spring,poring ranau. Tempat ni mmg chantek. sangat !

 

 dengar ja chegu buat announcement, aku la yg paling excited  dalam semua tu. gila2 punya seronok. Tak payah minta pendapat family, terus kasi nama kat chegu. hohohoho .
Sesampai ja di rumah, aku kemain lg mengkhabarkan berita yang menggembirakan tu kat puan emak. Tup2 dia terus kasi green light. Tapi ..

in one condition.
incik abang aku kena ikut sekali. kononnya sebagai pelindung aku disana nanti.
alaa, bolehlah janji dapat pergi.

Saat2 yang aku tunggu,siap tanda kat kalendar pun tiba juga akhirnya. Seawal pagi, incik bapa da hantar pergi sekolah dengan abang aku sekali, pakej.


Sepanjang perjalanan mmg sgt seronok, sehinggalah .. yeah sampai !




 Di pendekkan cerita,, aku terus ja terjun kolam air panas tu dengan yakin dan megah.
tak sampai 5saat, dushh !


ok,aku lemas. yes,im drown ok. i am !



Sesedarnya aku, aku bkn lagi berada dalam kolam tadi,, bukan lagi tengah enjoy sakan. pitam.


Sampai ke hari ini, tiap kali pergi sungai ka, piknik ka, member2 akan tanya soalan wajib : " el, knp ko x masuk sungai mandi sesama ? " aku jawab ringkas dan padat " aku x reti berenang " . walhal  family member aku kemain pro lagi berenang,,siap kuak lentang bagai.


dan aku?
ya,aku fobia.
aku trauma.
aku takut.
takut pada laut.
takut pada sungai.
takut pada air.

takut LEMAS lagi --

p/s: akan ada masanya, kita punya tragedi yang payah untuk dikongsi. hanya akan membuka parut di dada.