Friday, April 5, 2013


DONT JUDGE PEOPLE



kadang2 orang tak faham gunanya tarikh di setiap entri blog atau status.
maka aku hendak terangkan.

tarikh adalah batu tanda kejadian.
tentang bila.
mengenai ketika yang khas itu.
terjadi di spesifiknya waktu.

begitu tidak adil dan kejam andai sesuatu yang ditulis pada suatu tarikh digunapakai di tarikh yang lain. boleh jatuh fitnah. boleh porak-peranda. boleh membakar amarah.

cth:anita dua tahun lepas menulis tentang bahagianya dia berdangdut dengan musa.
semalam--
dia menulis tentang syurga itu terlalu cantik warnanya.
kenapa dipersoal siapa anita yang dulu?
kenapa tidak dinampak semenjak ramadhan tadi dia begitu gigih mencari diri yang baru?

atau : azri tujuh tahun lepas menulis dengan maki tentang bencinya pada perempuan dan betapa takkan mungkin dia menghormati wanita lalu menikahinya.
tadi--
dia bercerita tentang gigi pertama anaknya yang sudah mahu rompong kerana gula2.
kenapa dipertanya siapa azri yang dulu?
kenapa tidak dipandang bagaimana dimuliakan isterinya ke tahap pelangi di langit biru?

cepat.
atau lambat.
itu sahaja.

perubahan kita manusia--
ada.
cuma cepat--
atau lambat.

kita semua bukan kita 5 tahun dulu.
kita semua bukan kita 3 bulan lalu.
kita semua bukan kita 4 saat tadi.
kerana kita manusia--
dan kita percaya pada memperbetul diri.

jangan hukumkan seseorang hari ini demi tulisannya sebelas ribu tahun yang lalu.
bagaimana bernanah dia, sekurangnya dia sedang bertatih kini.
bagaimana pujuk dia agar diterima tuhan, itu antara dia dengan rabbi.

janganlah pula tudingkan seseorang hari ini demi dirinya atas apa yng kau tfsir pada mata kamu.
bagaimana berulat dia, sekurangnya dibangkit semula esok pagi.
bagaimana busuk dia, mungkin dia yang mendapat sempat berbanding kita sendiri.

sibuk2 busuk orang,
mulut sendiri lupa diperiksa.
sibuk2 ketiak orang,
badan sendiri lupa dijaga.

kita semua pendosa.
mungkin masanya berbeza2.
mungkin dosanya tidak pun sama.
tetap--
tak ada kalangan kita yang sempurna.

syurga itu terlalu luas untuk kau lokekkan.
apa seronok merasa nikmat tanpa ada siapa2 untuk kau kongsikan?
apa bahagia menggomol keindahan tanpa ada siapa2 untuk kau sama2kan?

berhentilah menjadi tuhan.
kalau tak mau dibantu tatihnya--
jangan dijatuh mereka.

biarkan.

kenangkan--
andai rasulullah memandang masa lalu--
tak mungkin umar menjadi al khattab.

umar.
yang ketika kafirnya menanam hidup2 anak perempuannya.
yang suatu masa dahulunya bersekongkol ketat dgn abu jahal yang gila.

umar.

*hela nafas*
haih...

aku adalah antara yang tidak percaya pada memadam entri2 lalu.
aku dengan waras mau membiarkannya terjelas.
bagi aku--
masa lepas layaknya dibiar di masa lepas.

aku perlu biarkan demi suatu masa dibaca setiapnya satu persatu.
agar aku SENDIRI melihat betapa jauh perjalanan aku mencari tuhannya.
sehari seinci--
jadilah, dari tak ada.

mana tau,
satu hari nanti,
ada yang berkata:
"kalau perempuan seburuk INI mampu kembali pada tuhannya--
apa lagi aku".

aku percaya,
cahaya tetap sudi menjamah aku.

2 comments:

  1. entry pemikir. SY suka! terima qaseh entry yang sangat berguna. kadang2 kita lupa apa yang kita lalui. Allah kirimkan kamu untuk meningati untuk saling mengingatkan. ^^

    ReplyDelete
  2. tq sufinah.Bila seseorang sudah berubah ke arah kebaikan, jangan diungkit kisah silamnya, kerana kita tidak tahu betapa susahnya dia cuba melupakan kisah silamnya itu"

    ReplyDelete