Friday, August 3, 2012

lara tari pencinta

susah kan jatuh cinta? oh, bukan susah  tp penat. pernah x korang rasa life was so hard once u've fall for a guy/women?
aku dah rasa.

ya. memang pada awalnya memang sgt ironik, unik, best, syok bercampur aduk dalam 1 masa yg sama. Awal pertemuan x payah cakapla, memang tidur x lena nyenyak. maximum !

kadang kita tak sedar,
dalam pada kita memberi rasa pada orang lain, terlalu banyak penerimaan yg dorang nak. manusia. lumrah.
"memberi dengan sedikit,meminta dengan banyak"
bila pula dunia ni pernah adil kan?

kadang kala,
kau rasa kau dah buat sehabis baik untuk orang lain tapi di mata kasar diorang, kau tetap tak cukup serbi dari segala aspek. kalau dah x suka, cenggitu la gayanya.

terkadang,
orang buat khilaf pun still nampak elok di mata kau, still kau nampak sempurna walhal kau dah pun jelas di mana salahnya. yang lebih teruk, kalau kau dah banyak memberi, satu saat orang akan atur semua list tu depan kau.

tapi kadang-kadang,
even kau sedang pada tahap waras, kau masi pretend to be ok dengan alasan kau cukup baik dan gemar memaafkan.
boleh ja memaafkan. Bukankah. "sedang Nabi maafkan umatnya" ?

selalunya,
bila orang datang pada aku mengadu diorang terputus kecintaan, paling tidak aku akan cakap,
" sabarlah, semua tu berlaku kerana hikmah, tersedia yang lebih baik untuk kamu di hadapan sana"

hari ini,
bila kena pada diri sendiri,dia punya sakit, kalah terpijak paku tekan.
barulah aku sedar, tiada apa yang boleh sembuhkan hati yang hancur melainkan masa.



No comments:

Post a Comment