Friday, January 7, 2011

'CINTA' sebuah kritikan

Aku nak cakap pasal topik yang universal..tentang apa yang biasa kita lihat seharian.. tak kira la di mana, benda  ni mesti dapat dilihat dan dirasa. jauh di lubuk hati kita,kita mesti ada perasaan dan 'perasan' ni. kelakar sebenarnya bercinta ni, kalau melihatkan aksi 'romantis' orang la.. ada setengah tu sanggup berkongsi air dengan awek dia padahal kalau di rumah, jangan haraplah dia nak.kongsi barang. Dah tu, kita di mamaikan dengan lagu cinta yang mendayu-dayu ! sudahlah tajuk kelakar, lirik pula macam nak pengsan. Ada jenis pula yang tulis surat  yang boleh dikategorikan sebagai novel. 'Bergayut' tu contoh klasik juga..kalau tak jumpa dengan awek tu 40-50 tahun tak apa juga, tapi yang aku heran petang tu baru jak lepas dating dan malam pula boleh layan lagi sembang2 2@3 jam. Banyak sangat ka cerita diorang tu? Ada pula jenis semua benda mengingatkan dia pada awek dia, yang lagi benggang sanggup bergaduh kerana awek. kalau awek tu kisah baguslah..tapi, kalau awek tu tak kisah dan terus cari orang lain,macam mana? ada pula istilah cinta pandang pertama dan lebih menyayat hati kalau kejadian tu berlarutan tapi tiada tindakan susulan.Ini pun kes klasik juga bila disebabkan frust, ada orang tu sanggup lukis cerita cinta dia. Padahal bukannya bercinta pun, perasan jak lebih. Ada pula yang sanggup hantar bunga hari2. Itu tak masuk lagi kad2 ucapan @ fluffy toys. Ada yang hisap rokok kemudian mengambil gula2 angin dan makan semata2 nak bagi hilang bau. Hehehe... sebab ada datinglah tu.. Tapi bau datang juga ! Ada contoh dari filem yang aku rasa cukup melampau..dan hero tu pun terjun dari air terjun. Logik ka kalau hero tu jatuh dengan selamat? Ada yang ganas, brutal, dengar pula muzika keras, sembah syaitan semua dah cukup. Tapi bila dengar lagu2 cinta, MENANGIS ! itu sudah pelik. Aku rasa nak gelap bila mengenangkan siapa agaknya yang mencipta madah 'ambil kapak, belahlah dada'.. Hahaha.. Ada pula yang melibatkan benda2 yang tak bersalah seperti bulan, bintang, dan ada yang sanggup merenangi lautan api ! terror betul ! Ada yang senang bergaduh, esok baik balik, esok gaduh, lusa baik balik. Ada pula yang punyalah mengada2, helmet pun suruh boipren yang ikat. Cinta punya pasal, no problem ! Ada yang sanggup 'perabih' duit kerana cinta. Ada yang sampai korek tabung sebab bercinta. Pulak tu, ada yang sanggup menyamar, buat diri tu 'ulama', ada yang sanggup mealakukan apa saja atas nama cinta. Banyak sebenarnya benda2 sentul yang kita buat bila bercinta ni.. antara sedar dengan tak sedar jak. Secara tak sedar, cinta boleh merubah keadaan seseorang kepada kebaikkan atau keburukkan. Tapi tu laa, banyak halangan bila nak bercinta ni.. Orang nak kahwin dengan masalah orang nak kahwin, budak skola dengan masalah budak skola.. Kalau dikira, bagus sebenarnya bercinta ni. Ia mendisiplinkan kita terhadap sesuatu yang jarang dan payah kita nak buat. Kalau boleh, kita disiplinkan kehidupan kita dengan disiplin bila kita bercinta, tentunya kehidupan akan jadi lebih ceria. Bila timbul cinta, kita boleh kembangkan cinta itu kepada cintakan negara, cinta kepada keluarga dan paling penting, paling utama dan patut kita buat, paling mesti kita cari, ialah mencari cinta yang sejati..cinta yang hakiki.. Apa dia cinta sejati? Tanyalah diri,apa dia....?

No comments:

Post a Comment