Friday, January 7, 2011

'CINTA' sebuah kritikan

Aku nak cakap pasal topik yang universal..tentang apa yang biasa kita lihat seharian.. tak kira la di mana, benda  ni mesti dapat dilihat dan dirasa. jauh di lubuk hati kita,kita mesti ada perasaan dan 'perasan' ni. kelakar sebenarnya bercinta ni, kalau melihatkan aksi 'romantis' orang la.. ada setengah tu sanggup berkongsi air dengan awek dia padahal kalau di rumah, jangan haraplah dia nak.kongsi barang. Dah tu, kita di mamaikan dengan lagu cinta yang mendayu-dayu ! sudahlah tajuk kelakar, lirik pula macam nak pengsan. Ada jenis pula yang tulis surat  yang boleh dikategorikan sebagai novel. 'Bergayut' tu contoh klasik juga..kalau tak jumpa dengan awek tu 40-50 tahun tak apa juga, tapi yang aku heran petang tu baru jak lepas dating dan malam pula boleh layan lagi sembang2 2@3 jam. Banyak sangat ka cerita diorang tu? Ada pula jenis semua benda mengingatkan dia pada awek dia, yang lagi benggang sanggup bergaduh kerana awek. kalau awek tu kisah baguslah..tapi, kalau awek tu tak kisah dan terus cari orang lain,macam mana? ada pula istilah cinta pandang pertama dan lebih menyayat hati kalau kejadian tu berlarutan tapi tiada tindakan susulan.Ini pun kes klasik juga bila disebabkan frust, ada orang tu sanggup lukis cerita cinta dia. Padahal bukannya bercinta pun, perasan jak lebih. Ada pula yang sanggup hantar bunga hari2. Itu tak masuk lagi kad2 ucapan @ fluffy toys. Ada yang hisap rokok kemudian mengambil gula2 angin dan makan semata2 nak bagi hilang bau. Hehehe... sebab ada datinglah tu.. Tapi bau datang juga ! Ada contoh dari filem yang aku rasa cukup melampau..dan hero tu pun terjun dari air terjun. Logik ka kalau hero tu jatuh dengan selamat? Ada yang ganas, brutal, dengar pula muzika keras, sembah syaitan semua dah cukup. Tapi bila dengar lagu2 cinta, MENANGIS ! itu sudah pelik. Aku rasa nak gelap bila mengenangkan siapa agaknya yang mencipta madah 'ambil kapak, belahlah dada'.. Hahaha.. Ada pula yang melibatkan benda2 yang tak bersalah seperti bulan, bintang, dan ada yang sanggup merenangi lautan api ! terror betul ! Ada yang senang bergaduh, esok baik balik, esok gaduh, lusa baik balik. Ada pula yang punyalah mengada2, helmet pun suruh boipren yang ikat. Cinta punya pasal, no problem ! Ada yang sanggup 'perabih' duit kerana cinta. Ada yang sampai korek tabung sebab bercinta. Pulak tu, ada yang sanggup menyamar, buat diri tu 'ulama', ada yang sanggup mealakukan apa saja atas nama cinta. Banyak sebenarnya benda2 sentul yang kita buat bila bercinta ni.. antara sedar dengan tak sedar jak. Secara tak sedar, cinta boleh merubah keadaan seseorang kepada kebaikkan atau keburukkan. Tapi tu laa, banyak halangan bila nak bercinta ni.. Orang nak kahwin dengan masalah orang nak kahwin, budak skola dengan masalah budak skola.. Kalau dikira, bagus sebenarnya bercinta ni. Ia mendisiplinkan kita terhadap sesuatu yang jarang dan payah kita nak buat. Kalau boleh, kita disiplinkan kehidupan kita dengan disiplin bila kita bercinta, tentunya kehidupan akan jadi lebih ceria. Bila timbul cinta, kita boleh kembangkan cinta itu kepada cintakan negara, cinta kepada keluarga dan paling penting, paling utama dan patut kita buat, paling mesti kita cari, ialah mencari cinta yang sejati..cinta yang hakiki.. Apa dia cinta sejati? Tanyalah diri,apa dia....?

Monday, November 22, 2010

iNgaT laGi

Mak..
Ingatkah kata2 bapak
Subuh itu damai
Mentari itu indah
Bumi ini tiada tandingan
Mak..
Ingat lagi kata2 bapak
Dia ingin  mengukir senja
Walau dia tahu,dia tak mampu ,melukis
Walau sebaris pun senja
Mak..
Ingat kata2 bapak
Dia ingin mengukir senja
Walau hatinya dibaluti sepi
Bapak..
Ingat lagi kata2 mak
Mimpi tak mungkin jadi realiti
Harapan bukan sekadar illusi

biLa tiBa Waktunya

Tuhan..
Bila aku melihat laut
Bilakah reda alunan ombaknya?
Lalu jawab laut
Tunggulah bila kering airnya
Tuhan..
Bila aku merasa bayu
Bilakah terhenti hembusannya
Nanti jawab bayu
Tunggulah bila tiba ribut taufan
Tuhan..
Bila aku melihat purnama
Bilakah akan hilang sinarnya
Lalu jawab purnama
Tunggulah bila mentari menebarkan sayapnya
Tuhan..
Bila aku melihat alam
Bilakah pupus hidupnya
Lalu jawab alam
Tunggulah kemarau panjang tiba
Tuhan..
Bila aku melihat mentari
Bilakah akan hilang silaunya
Lalu jawab mentari
Tunggulah purnama kembali menjelma
Tuhan..
Bila aku melihat aku
Bilakah tiba ajal mautnya
Tunggulah nanti..
BILA TIBA WAKTUNYA..

seGalanya munGkin

..setelah sekian lama aku di rantai,di hina oleh satu nama..mungkin aku akan bebas esok..MUNGKIN! after a while,semua kenangan aku tersingkap dalam masa ni. Benda2 bodoh yang aku buat semata2 mau ngorat dia. Dan sikit masa lg semuanya akan settle. Mungkin settle atau tak settle..masa utk aku tunggu.. "awak da ada gf lain?"aku tak cukup sempurna utk kau?tapi kenapa kau tak bagitau awal2?kenapa setelah aku hampir bina istana agung dgn kau,last minit baru kau bagitau aku yang tiang seri tak di pasang?dan runtuh pula istana tu? All these years,apa yang aku harapkan sangat,adalah utk menjadi 'spesel' di hati kau,. But,almost sweettalk. Almost.. but no matter what it takes,i'll keep trying until the end of the world. itupun klu ajal aku tak sampai sebelum the end of the world. Aku akan berusaha utk mendapatkan kau. Cuma, hari itu aku belajar sesuatu yang baru.. betapa agungnya cinta aku, betapa berusahanya aku utk mendapatkan kau, betapa aku sanggup bersusah payah kerana kau, tapi kalau kau tak suka aku..tak guna juga. Senang cerita, kita hanya mampu merancang.. Allah yang menentukan...

Saturday, November 13, 2010

seDih keR?

bila tengok/dgr lagu ni msti rasa mcm mau nangis ja.. knp? entahla..teda jwpn yg tepat untuk itu .. mesti korang fikir ada 'nostalgia luka' yg buat aku sadis bila tgk video ni.. SALAH, aku nangis sbb aku ni jiwa2 taman yg cepat tersentuh ( ceh.. jiwang pula aku ni ).. bukan takat lagu ni ja,ada berjuta2 lagu lain yg ble buat aku leleh airmata. cth: hati yang kau sakiti, jangan memilih aku ,hilang dalam terang, tinggal sepi. (cukupla..leleh air liur kalau list smua skali).. itu x heran lagi, da nama pun lagu sedih,muzik pula mendayu2.. yg peliknya, dengar lagu saat-saat menyebalkan by tipe-x pun ble buat airmata suci aku ni mengalir.. APA KESS??haha

diaRi seBuah Duka

sedang asyik mengelamun di balkoni aku tetiba teringat pada sebuah kisah yang aku leh anggap duka suatu ketika dulu. ceritanya begini (dengan penuh emosi)..Tp,aku bukanlah heroin dlm kisah ni..cuma  watak sampingan yang sgt memberi makna.. ( hehehe )
     Sekitar tahun 99-00 aku ada sorang member kamceng yg 'terjatuh hati' pada sorang mamat yg aku kira tak la hensem mana, tp ati ada baik punya. Mungkin krn itu, si member tadi 'cinta mati' kat mamat ni dan selaku bff kpd si member ni, aku sentiasa sokong dia dalam segala hal. (termasuk dating selama berjam-jam kat tangga skola). Cintan-cintun diorang berterusan selama hampir 2tahun dan mamat tu sebenarnya 'abg senior' kitorang, yg bestnya pasangan sejoli ni siap berbalas surat cinta (dulu msg2 ni tak laku lg), malah si mamat ni obses kat lagenda rock search..apalagi. berjela-jela surat member aku dpt siap ada lirik lagu yang mana bait2 tu berkisar pd kisah diorang (sgt jiwang di sini).. Dan masa tu aku mengerti, kita akan lupa pada semua benda bila sdg mabuk bercinta..mandi kena air pun tak basah, makan megi pun tak lalu, tidur dgn comforter pun tak lena.. (hehe).. Dalam pada sibuk dengan melayan perasaan, rupanya ada manusia yg irihati.. smpi suatu saat, member td mengadu pd aku bhwa 'pujaan ati' dia tu sedang menduakan dia dan paling malang, pompuan tu classmate kitorang sendiri! (mesti korang leh rasa apa perasaan member aku masa tu). Suatu petang aku tercari-cari kelibat member dan dia sedang menangis dgn penuh perasaan di surau yg mana aku aggp tempat suci tu bkn utk dia menangis kerana benda2 spt ini dan bila aku tanyakan kenapa?? Jwpn member: "aku tak percaya knp dia sanggup buat mcm ni kat aku setelah semua perasaan ni aku curahkan kat dia? kalau betul pun semua ni, knp mesti pompuan tu?knp mesti dia pilih org yg dekat dgn aku? supaya mudah utk dia tgk kehancuran aku?supaya ada alasan untuk dia mentertawakan aku? smpi ati dia mainkan aku seteruk dan sejahat ini".... After all,aku berfikir sejenak mmg betul pepatah yg aku biasa dgr sebelum ini, 'tapi apa yang kita paling nak, itulah yang kita takkan dapat'.. Wallahu'alam~

Friday, November 12, 2010

kaWan ..

kawan..kenapa mau lawan?dulu kongsi minum teh secawan.. alkisah: mengimbau kembali nostalgia sorang yg aku panggil 'KAWAN'.. mana kami ( ertikata lain:aku dan rakan2) pegi,dia mesti ada dan jarang sekali tinggal. kecuali tidur sebantal tu, tak la..(kaberline).. apa yg buat aku terkilan, dia tikam kitorang idup2 dr belakang. Smpi loni.kawe dok fikir (hehe), knpa mesti dia buat semua ni kat kitorang? Dia atau kami yg kejam?